Thursday, July 16, 2009

Mencari Diri di Asmaulhusna!

Artikel Oleh: anaqsabah

"DAIF.... Apakah JHAEINS berbangga dengan pencapaian mereka mempunyai sekolah agama yang dibina Allahyarham Haji Khamis namun bagaikan melukut di tepi gantang di persada pendidikan negara?

BACAAN ayat suci Al-Quran dan dendangan nasyid Asmaulhusna yang dipersembahkan oleh para pelajar Sekolah Agama Negeri Haji Khamis, Batu 1, Lahad Datu menyebabkan saya khusyuk mencari kekerdilan diri saya di antara 99 nama Tuhan dan cuba mentafsir ayat suci yang berkumandang.

Sebagai manusia kerdil yang cuba untuk memanusiakan diri di celah kebesaran Illahi, saya insaf bahawa siapalah saya untuk berkata tidak kepada ketentuan Illahi yang melantik saya sebagai Ahli Parlimen Malaysia di celah-celah kebuntuan masyarakat Silam menuntut ilmu yang semakin meninggalkan kita semakin jauh kerana kemunduran prasarana.

Tanpa restu dan keesaan Allah, saya tidak akan mampu untuk merubah sikap masyarakat saya yang masih bergantung kepada Kerajaan dan bergelut dengan kehidupan yang semakin sukar di celah kemakmuran negara terutama dalam bidang keagamaan dan tidak mempunyai sikap 'percaya diri' serta tidak mempunyai kekentalan semangat untuk berdikari seperti penganut agama lain.

Dengan peruntukan yang agak terhad, saya hanya mampu meluluskan sejumlah peruntukan di antara RM20,000 hingga RM30,000 bagi melakukan sedikit pemulihan terhadap sekolah yang amat daif dari segi prasarana ketika gelombang kebangkitan '1Malaysia' menerpa tanpa persediaan masyarakat setempat untuk menerima.

Dalam senario masyarakat dan umat Islam yang masih terlena dibantal 'impian subsidi', gelombang transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membadai mereka ke tengah lautan keliru.

Saya menyusun sepuluh jari dan dari sudut hati saya yang paling dalam, memohon kemaafan agar umat Islam di Silam tidak meletakkan semua beban ke atas bahu saya sekiranya tidak mampu untuk memberikan peruntukan yang lebih kerana geran RM1 juta yang diperuntukan kepada saya terpaksa disalurkan kepada projek kecil bagi kawasan yang amat luas, daripada Tambisan sehingga ke Kunak.

Saya beristigfar dan bermunajat pada Illahi serta mensyukuri nikmat Allah yang telah memberi saya kekuatan untuk menegur sikap rakyat dan pemimpin di Silam yang selama ini bersikap lepas tangan dan gemar 'memindahkan beban' kepada kerajaan sedangkan mereka mampu untuk melakukan perubahan seperti penganut agama Kristian, Buddha dan Hindu yang lebih berdikari dalam pembangunan rumah ibadat dan pelajaran agama mereka secara lebih sistematik.

Mungkin saya adalah Ahli Parlimen Malaysia yang paling malu untuk menyatakan di Parlimen bahawa Islam telah diamalkan dengan sempurna di Silam jika Sekolah Agama Rakyat Haji Khamis dibina 53 tahun lalu dan telah diambil alih oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sejak beberapa tahun lalu begitu daif dan memalukan.

Sebelum ini saya telah meluluskan beberapa peruntukan kecil namun ianya tidak memberikan sebarang makna jika ianya tidak dapat digunakan apabila pendawaian elektrik untuk sekolah ini hanya menggunakan 'single phase' sedangkan semua peralatan yang diberikan memerlukan 'three phase'.

Peruntukan yang saya salurkan adalah atas permohonan PIBG sewajarnya disalurkan oleh JHAEINS jika pegawai berkenaan turun padang menilai keperluan umat Islam yang merintih di dalam kepedihan dan meratap dalam kehinaan apabila agama mereka dipersendakan!

Jika jalan diturap setiap tahun sekalipun tidak rosak namun sekolah agama yang melahirkan Insanul Kamil yang taat kepada perintah Allah sejak 53 tahun dahulu seperti sekolah pondok atau pesantren yang didirikan oleh nenek moyang saya di Pulau Omadal di zaman British, sejak era Magindora.

Lantai yang tidak berjubin, dinding yang kotor dengan contengan, siling yang tidak bercat, tandas yang tidak berair, bilik darjah yang sempit, meja dan bangku yang tidak selesa, bilik guru yang sama besar dengan 'tin sardin' dan sebagainya mencerminkan bahawa kita tidak sensitif terhadap keperluan prasarana bagi melestarikan impian kita dan guru untuk mendidik zuriat kita menjadi manusia yang berguna dan gemilang di masa hadapan.

Islam mementingkan kesucian, kebersihan dan keindahan namun jika kita gagal mentafsir dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, maka kita mungkin tergolong di kalangan manusia yang sentiasa berada di dalam kerugian.

Saya mungkin tidak mampu melakukan visi dan misi Perdana Menteri Malaysia seorang diri di Silam tanpa bantuan, sokongan dan doa seluruh rakyat Silam tanpa mengira etnik, fahaman politik atau jurai keturunan.

Dengan tanggung jawab yang agak besar dan kesempatan yang agak terhad, adalah tidak mungkin bagi saya untuk melakukan 'silap mata' melakukan transformasi sekelip mata, namun usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal jemu harus dipadu untuk memastikan nasib sekolah agama kita tidak seperti nasib akhbar jawi terutama Utusan Melayu yang semakin tersisih dan dilupakan masyarakat.

Kesungguhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memilih bumi para Anbia di Silam untuk projek papantanda Jawi telah memberikan saya semangat untuk melakukan transformasi mengikut kemampuan saya dan penerimaan masyarakat yang ingin berubah mengejar kemajuan pendidikan duniawi dan ukhrawi, tanpa gentar dengan ledakan globalisasi yang semakin menampan kemajuan umat Islam kerana ketandusan ilmu dan kegelinciran semangat disebabkan kekurangan daya saing dalam bidang teknologi pendidikan.

Saya memohon kerjasama para ibu bapa agar berganding bahu bersama saya, guru-guru dan anak-anak mereka untuk memastikan 'impian menjadi realiti' yang tidak dapat disangkal oleh apa juga halangan yang mendepani kita kerana Nur Islam akan terus bersinar walaupun kita menghadapi pelbagai hambatan yang tidak kita jangka.


HAJI SALLEH HAJI KALBI
Ahli Parlimen Malaysia
P 188 Silam.

Thursday, April 16, 2009

Bidadari Dari Timur (BDT)


SINOPSIS :

Pateri cinta di ancala harapan tatkala si gadis dilamar teruna dari golongan elit. Umpama bulan jatuh ke riba, sireh pulang ke gagang, lembing awang pulang ke dayang. Kalau jodoh sudah tersurat gunung berapi bukan halangan. Garam di laut, asam di darat akhirnya bersatu jua. Siapa menduga, gadis sunti yang pemalu dan santun kini disunting pria berhati luhur. Cinta disulam menjadi hamparan menuju gerbang bahagia. Kata orang bercinta sesudah nikah lebih manis! Kata aku, bercinta sesudah nikah mengenalkan aku kepada perlindungan seorang lelaki bernama suami.

Menjadi puan diusia muda cukup mencabar, berkat asuhan dan didikan suami yang setia dan penyabar telah memberi perangsang untuk aku menguruskan rumahtangga seperti wanita matang yang lain. Benar, bukan mudah memcicip erti sebuah kebahagian jika tautan hati dengan al-Khaliq rapuh. Aku bersyukur mempunyai sayap kanan yang bisa menjadi suami, bapa dan murabbi. Aku adalah isteri, ibu dan suri di hati pejuang…

Bidadari Dari Timur...
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi...


Lebuhraya maklumat hari ini yang membawa kita menuju ke arah jalan kebaikan ini seharusnya dikembangkan lagi dengan kehadiran pelbagai genre. Kita tak mungkin dapat berbicara santai melalui khutbah dan ceramah semata-mata kepada generasi muda.

Satu percubaan sulung sudah pun dimulakan lewat novel memoir hasil buah tangan Tuan Sabariah Tuan Ishak & Ili Sarah Annual Bakri berjudul Bidadari Dari Timur (BDT).

Jarang-jarang kita dapat mengesan susur-galur kehidupan perjuangan kaum wanita dalam gerakan Islam.

Mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya usaha mencetak karya-karya mereka atau mungkin tidak banyak pula pendedahan dan peluang seumpama ini diberi kepada anggota muslimah yang ingin berkarya. Sebenarnya, bukanlah tiada muslimah yang berkarya.

Misalnya Zainab al-Ghazali; sosok tegar yang terkenal kental spiritual dan pernah dicetak madrasah Ikhwan Muslimin sebelum ini. Beliau pernah hadir mendandan dunia penulisan lewat bingkisannya yang berjudul, Hari-hari dalam hidupku.. Itu kisah di Mesir.

Di Amerika, seorang wanita Yahudi; Margret Marcus, akhirnya dimuliakan Allah dengan panggilan nama Islamnya Maryam Jameelah.

Bermula dengan kegiatan berutus surat kepada Sayyid Abul 'Ala al-Maududi, beliau telah hadir mengisi persuratan Islam bermodalkan bingkisan surat-surat peribadi yang akhirnya dibukukan dan teredar ke serata dunia!

Menambah kepustakaan feminis Muslimah
Maka, kehadiran Bidadari Dari Timur ini walau apa pun kenyataan dan pandangan yang tiba sesudah kehadirannya di pasaran, nescaya ia tidak akan menolak hakikat kebenaran bahawa BDT telah menambah sebuah lagi karya yang memenuhi selera pembaca sekali gus ia cuba melengkapkan kepustakaan muslimah daripada semasa ke semasa.

Novel ini adalah sebuah catatan pengalaman isteri seorang pejuang yang meluangkan masa berpuluh tahun hidupnya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Akhirnya beliau tampil membongkar rahsia hidupnya sejak bergelar ratu di hati ulama tersohor ini. Segala pahit getir dihirup bersama, saling mempercayai sehingga tiada ruang untuk meletakkan curiga antara mereka.

Novel ini tampil dengan nada yang tulus, harmoni. Ia meriwayatkan hidup, memperihal kesetiaan, pengorbanan dan perjuangan.

Pengalaman isteri Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan dirakam dalam langgam bahasa yang puitis sehingga membuatkan pembaca turut sama meranduk tohor dalamnya sungai kehidupan yang punya saat kering dan bahnya.

"Kami menjangkakan novel sulung kami ini akan mendapat perhatian daripada semua golongan, pastinya mereka ingin mengetahui apa yang sebenar di sebalik kehidupan Tuan Sabariah dan Tuan Guru Haji Nik Aziz," kata wakil Anbakri Publika Sdn Bhd Masri Abu Soed.

Dilancarkan di PWTC
Dengan jumlah muka surat setebal 128 halaman, Bidadari Dari Timur yang merupakan novel sulung terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd ini bakal menemui para pengunjungnya di Pesta Buku Antarabangsa, Kuala Lumpur 2009.

Dijual dengan harga RM12.90, khalayak pembaca boleh memburunya ketika pelancaran novel ini berlangsung pada 19 April (Ahad) depan.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadualkan berada di bilik Kedah / Johor (PWTC) untuk melancarkan novel tersebut selama sejam bermula 12 tengah hari sehingga jam 1 petang.

Bidadari Dari Timur..
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi..

Selaut sengsara, mereka telah redah bersama. Dan kepada sidang pembaca, andalah yang lebih layak meredah segala pahit derita mereka dalam melayari bahtera kehidupan.

Atau para pengunjung boleh mendapatkan naskhah yang memuatkan coretan dan kupasan belahan hati, belahan jiwa tuan guru ini di No 86 ruang legar PWTC ketika pesta buku itu berlangsung nanti.

Pandangan dan kritikan boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

Sunday, April 12, 2009

Turning sadness into kindness - copy paste je ni

Turning sadness into kindness
your uniqueness into strength
its ok to get lost
so begin walking

once again once again
do you like to be praised for?
answering everyone expectation
will your smile always be beautiful
even you hide your true self?

just dreaming the beginning and waking up

pst...this poem is belong to not me

Saturday, April 4, 2009

Eno, sahabat Pildacil nyanyi

Friday, April 3, 2009

Welcome to KLIBF 2009

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2009 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 28th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.

Opening Hours

Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas

Tuesday, March 24, 2009

Kupasan Buku Manhaj Haraki dalam Seerah Nabi SAW

Assalamualaikum semua pembaca budiman. Insya4JJI bermula malam ini (sebentar tadi) diadakan Siri kupasa buku Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi SAW (gamabr di atas) ditulis oleh Sheikh Muhammad Munir Al-Qabban dan diterjemahkan oleh Ustaz Taib Azamuddin (mantan Imam Masjid Negara). Hari Selasa setiap minggu di Surau Al-Falah IPGM Kampus Pulau Pinang, selepas solat ba'diyyah Maghrib. Mai ramai-ramai!

Untuk buku ini anda boleh dapatkan dari saya pada setiap kali kuliah kupasan buku diadakan. Harga RM18.00, urusniaga tunai.

Info / Fakta:
Kuliah kupasan buku Manhaj Haraki dalam Sirah Nabi SAW
ditulis oleh Sheikh Muhammad Munir Al-Qabban
diterjemah oleh Ustaz Taib Azamuddin
moderator majlis Sdra. Ilriady
Selasa setiap minggu
selepas solat sunat ba'diyyah Maghrib
Harga buku RM18.00

juga boleh dipesan melalui:
1. http://buku2bestseller.blogspot.com/
2. emel helangdeli@yahoo.com
2. SMS/tel 013-2537238

urusniaga COD
untuk urusniaga pos, kadar mengikut ketetapan PosXpress.

Thursday, March 12, 2009

TV3 sorok fakta sebenar Pelajar Terbaik Negara!

Artikel Oleh tsaqif


Friday, March 13, 2009 at 12:47 PM" Buletin utama tv3 jam 8.00 malam ini sekali lagi telah membohongi rakyat malaysia dan kelantan khasnya apabila menyatakan pelajar terbaik SPM 2008 peringkat negeri Kelantan adalah pelajar dari SMKA Naim Lilbanat

sedangkan beliau adalah dari Maahad Muhammadi Lilbanat (perempuan).
Sebuah sekolah agama kerajaan negeri Kelantan. Rakaman temuramah sebenarnya dibuat di dewan sekolah tersebut di Jalan Merbau, Kota Bharu bukannya di Pasir Mas yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat pengerusi jawatankuasa pendidikan, pembangunan islam dan dakwah negeri kelantan. Cukuplah pembohongan tv3.

send to feedback@tv3.com.my

jahat tv3!

http://missnureen.blogspot.com/2009/03/nidoking.html

Tuesday, March 10, 2009

Habiburrahman El Shirazy

HABIBURRAHMAN EL SHIRAZY adalah sarjana Al Azhar University Cairo. Founder dan Pengasuh Utama Pesantren Karya dan Wirausaha BASMALA INDONESIA, yang berkedudukan di Semarang, Jawa Tengah. la dikenal secara nasional sebagai dai, novelis, dan penyair. Beberapa penghargaan bergengsi berhasil diraihnya, anfara lain, Pena Award 2005, The Most Favorite Bookand Writer 2005 dan /BF Award2006. Tak jarang ia diundang. untuk berbicara di forum-forum nasional maupun internasional, baik dalam kapasitastaya sebagai dai, novelis, maupun penyair. Seperti di Cairo, Kuala Lumpur, Hongkong, dan lain-lain. Karya-karyanya selalu dinanti khalayak karena dinilai membangun jiwa dan menumbuhkan semangat berprestasi. Di antara karya-karyanya yang telah beredar di pasar adalah Ayat Ayat Cinta (novel fenomenal yang akan dilayarlebarkan, 2004), Pudamya Pesona Cleopatra (novelet, 2004), Di Atas Sajadah Cinta (kumpulan kisah teladan yang telah disinetronkan di Trans TV, 2004), Ketika Cinta Berbuah Surga (kumpulan kisah teladan, 2005), Ketika Cinta Bertasbih (novel fenomenal yang belum genap sebulan beredar telah terjual 30.000 eksemplar, 2007). Karyanya yang siap dirampungkan: Langit Makkah Berwarna Merah. Bidadari Bermata-Bening dan Bulan Madu di Yerusalem.

Antara buku-buku beliau yang kami jual ialah:

Buku Syuhada Gaza, salurkan bantuan anda ke Gaza



Buku Syuhada Gaza adalah himpunan kisah-kisah pemuka syahid di bumi Palestin. Seawal latarbelakang keluarga, pendidikan, kisah ranjau perjuangan mereka sehinggalah peristiwa yang membawa mereka kepada syahid.

Harga buku ini RM10.00, dan keuntungan jualan buku ini akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin melalui wakil kerajaan HAMAS tidak lama lagi. Dapatkan buku ini segera sambil anda dapat membuat sumbangan terus kepada rakyat Palestin yang tertindas.

Info:
Harga RM10
Muka surat 163
Penulis Dr Ahmad Mujahid
Penerbit Angkatan Edaran Sdn Bhd

pst...kami turut membuat jualan di Surau Al-Falah I4P bersempena dengan Ceramah Maulidur Rasul, esok 12 Mac 2009, selepas Maghrib. Mai jangan tak mai

Tuesday, March 3, 2009

Radix, one of the muslim's products!



Kepada pelajar IPGM Kampus Pulau Pinang anda juga boleh mendapatkan barangan HPA dari saya secara online pada harga yang murah. Semurah harga ahli walaupun anda tidak mendaftar sebagai ahli HPA. Saya baru sahaja meninjau stokis baru HPA yang terdekat dan InsyaAllah sekiranya produk yang anda pesan tiada dalam mobile-stock, saya boleh segera mendapatkannya untuk anda.


Produk Halal, Tanggungjawab Bersama!

pst...saya akan meletakkan senarai harga produk-produk HPA yang ada dan juga borang pesanan seperti borang pesanan buku di kolum atas kanan blog ini.

Sunday, March 1, 2009

Terima Kasih!


Best Seller.Com merakamkan penghargaan terima kasih di atas urusan jual beli ini. Sila jangan segan untuk berurusan dengan Best Seller.Com di masa-masa hadapan. Sekali lagi, Terima Kasih!

Angan (cita-cita) adalah langkah pertama kejayaan.

Setelah agak lama dan pernah terfikir untuk berniaga buku-buku agama dan buku-buku intelek, cuma baru kini perasaan itu kembali dan ingin direalisasikan.

Harap-harap langkah yang aku orak kali ini membuahkan hasil seperti yang dicitakan.

Ada rezeki lebih, ada lah sumbangan yang lebih kepada jemaah.

Lagipun, maksud kepada hadis di bawah:

"In at-yaba ma akalar rojulu min kasbih(i)"

"Sesungguhnya apa yang sebaik-baik dimakan bagi seorang pemuda (maupun pemudi) adalah dari hasil tangannya "